7 Vitamin terpenting Untuk Pembesaran Anak Anda

Tidak dinafikan setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak bagi memastikan simanja anda membesar dengan sihat dan bijak. Nutrisi yang lengkap sangat penting bagi menyokong proses tumbesaran mereka.Terutamanya bagi kanak-kanak yang tidak memiliki diet nutrisi yang secukupnya dalam pemakanan seharian. Ini mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor yang tertentu.
Bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses tumbesaran mereka, saya akan kongsikan 7 vitamin yang sangat penting untuk kanak-kanak. Info ini amat penting bagi ibu bapa yang prihatin terhadap proses perkembangan pertumbuhan anak mereka. Jadi, sila "take notes"!!!!.
7 Vitamin & Mineral Terpenting Untuk Kanak-kanak
1) Vitamin A
Membantu perkembangan & pembesaran normal kanak-kanak termasuk:-
- Menambahbaik tisu dan komposisi tulang
- Kesihatan kulit
- Kesihatan mata & penglihatan
- Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
Vitamin A mudah diperolehi daripada:-

- Susu
- Telur
- Sayur-sayuran hijau
- Buah-buahan  

2) Vitamin B
Keluarga besar vitamin B termasuk vitamin B2, B3, B6 dan B12, dan asid folik untuk membantu:
- Memelihara kesihatan mental dan sistem saraf
- Meningkatkan tenaga
- Proses metabolisma asas tubuh (mengubah karbohidrat kepada glukosa)
Sumber Vitamin B termasuk :-
- Telur
- Daging
- Ayam
- Ikan
- Kekacang
3) Vitamin C
Vitamin C amat membantu keperluan harian utama kanak-kanak untuk:
- Memelihara kesihatan tisu tubuh dan otot seperti gusi, tulang serta salur darah
- Meningkatkan sistem imun tubuh melawan jangkitan penyakit
- Memelihara kesihatan dan proses regenerasi kulit
Sumber vitamin C terbaik boleh diperolehi dalam kebanyakan sayuran hijau dan buah-buahan sitrus seperti brokoli, tomato, strawbarri, oren, kiwi dan sebagainya.

4) Vitamin D
Vitamin D amat penting untuk menyokong kesihatan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dari segi:-
- Menguatkan struktur tulang & kekuatan gigi
- Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap sumber kalsium dalam pemakanan
- Membantu fungsi hormon seperti mengawalselia sistem imun, penghasilan insulin dan pertumbuhan sel
Sumber asas vitamin D boleh didapati dalam susu, minyak ikan atau terbina secara semulajadi apabila kulit terdedah kepada sinaran matahari.

5) Kalsium
Kalsium adalah sumber mineral penting dalam tubuh untuk:-
- Menyokong kesihatan tulang untuk tumbesaran & mengelakkan masalah tulang rapuh
- Membantu fungsi sistem otot dan sistem saraf bekerja dengan sempurna
- Membantu pengeluaran hormon dan enzim dalam tubuh
Sumber mudah kalsium adalah daripada susu, yogurt, tofu (tauhu), minuman soya dan sebagainya.

6) Zat Besi (iron)
Zat besi amat penting untuk menyokong:-
- Pembentukan tisu otot dan perkembangan otak
- Pembentukan sel darah merah dan mengelakkan anemia
- Pembantukan hemoglobin yang berfungsi mengangkut oksigen di dalam darah
Sumber zat besi dalam makanan adalah seperti daging lembu (daging merah), ayam, bayam, kekacang dan buah prun.

7) Asid Lemak Omega-3
Sejak dalam kandungan ibu lagi, bayi amat memerlukan sejumlah kecil asid lemak untuk manfaat tumbesaran. Kandungan EPA & DHA dalam kumpulan asid lemak omega-3 ini sangat penting untuk membantu kanak-kanak dari segi:
- Melancarkan aliran darah & menguatkan jantung
- Menyokong kesihatan fungsi otak & sistem saraf
- Menyokong kesihatan otot sendi & penglihatan mata
Sumber minyak ikan adalah salah satu sumber yang sangat kaya dengan omega-3. Selain itu, minyak bijian flax (flax seed) dan minyak zaitun adalah sumber omega-3 dari kalangan tumbuhan.

Persoalannya mampukah anda beri kesemua vitamin ini secara konsisten setiap hari bagi memastikan anak anda membesar dengan sempurna dan sihat.
Dengan kekangan masa dan keadaan cara hidup masa kini, majoriti ibubapa atau penjaga gagal memberikan nutrisi lengkap ini melalui pemakanan harian anak anda. 
Jadi, cara termudah bagi memastikan anak anda mendapat nutrisi lengkap dengan kesemua 7 vitamin di atas tadi, pengambilan supplement merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda.
Faktor pemakanan ibu hamil seawal anak di dalam kandungan perlu dititikberatkan kerana anak-anak pada hari ini sangat terdedah dengan risiko masalah-masalah kesihatan terutamanya "eczema". Jadi peuntukan sedikit budget untuk keperluan lengkap anak anda.

4 Supplement dari Shaklee di bawah pasti digemari oleh anak anda dan sedap untuk diambil oleh mereka. Mereka pasti menyukai kerana suplement ini sangat mudah diambil dan yang paling penting sangat memenuhi nutrisi yang diperlukan anak anda :-
1. Mealshake
Mealshake mengandungi 19 vitamin dan mineral penting, diperkaya dengan kalsium, asid amino dan sumber protein terbaik.

Diperbuat daripada sumber semulajadi dan kanak-kanak sangat memerlukannya sebagai nutrisi pelengkap untuk tumbesaran sihat.
Gaya hidup kanak-kanak amat kompleks. Mereka amat sensitif tentang bau, rasa dan bentuk sebelum bertindak untuk memilih atau menolaknya.
Jika anda sukar menjalani situasi ini, Mealskahes adalah jawapannya. Rasa yang sedap, menakjubkan dan mudah disediakan amat sesuai untuk kanak-kanak.


2. Chewable Vita-C Plus

Ibu mengandung dan selepas bersalin juga amat memerlukan vitamin C untuk memastikan manfaat serta kebaikan sampai kepada si bayi.
Penuhi keperluan vitamin C harian anak anda dengan tablet mudah kunyah (hisap atau kemam) Chewable Vita-C Plus (satu tablet bersamaan satu setengah biji oren).
Rasa sitrus oren yang hebat! pasti membuatkan anak anda gemarkannya. Tiada penolakan, terus masuk ke dalam mulut sedap dimakan begitu sahaja.
Tanpa perasa dan pewarna tiruan serta pemanis dan bahan pengawet tambahan. Sesuai untuk anak, malah seisi keluarga.


3. OmegaGuard
OmegaGuard Shaklee datang dari sumber minyak ikan berkualiti tinggi bergred farmaseutikal yang bukan sahaja sesuai untuk golongan dewasa, bahkan untuk kanak-kanak.
Selain untuk meningkatkan fungsi jantung dan sistem saraf, kandungan asid omega-3 nya yang kaya dengan EPA & DHA juga turut membantu perkembangan otak kanak-kanak.
Ini dapat membantu mereka lebih mudah fokus dalam proses pembelajaran, menguatkan daya ingatan dan komunikasi antara sel-sel dalam tubuh dan otak.
OmegaGuard dipek dalam bentuk sofgel yang mudah ditelan atau dikunyah. Formulasi pembuatannya yang khas, amat kurang rasa atau bau hanyir minyak ikan. Rata-rata ibu mengatakan anak-anak amat menyukai minyak ikan dari pakej OmegaGuard ini.
Bagi anak-anak yang sukar untuk kunyah atau telan begitu sahaja, boleh juga dipicit kedalam makanan atau susu mereka. Seperti saya sendiri, saya suka picit masuk omega ke dalam yougurt kalsium dan beri kepada anak.
4. Vita-Lea For Children
Mengandungi 18 nutrien penting vitamin dan mineral yang terkandung di dalam satu tablet mudah dikunyah oleh kanak-kanak. Dikenali sebagai suplemen multivitamin dan multimineral.
Rasa sitrus anggurnya yang sangat hebat dan sedap amat sukar bagi anak-anak untuk menolaknya.
Mengandungi vitamin B, C, E termasuk kalsium, magnesium, sink dan lebih lagi! Cukup untuk membantu si manja anda lebih sihat dan kuat. Anak suka, ibu pun suka!


Jom beri yang terbaik untuk anak-anak kita, labur sedikit untuk ganti balik nutrisi dan vitamin yang tidak lengkap untuk simanja. Klik sahaja untuk mendapatkan 4 supplement ini.


Sekiranya anda ingin mendapatkan konsultasi secara eksklusif dan jadi pengguna yang bijak dengan membeli dengan harga yang lebih murah???


Kawasan COD : Ampang - Desa Pandan - Pandan Indah - Keramat - KLCC
( Sekitar Kuala Lumpur & Selangor )
Postage : Ke Seluruh Malaysia ( Pos Laju / Gdex / Citylink )
Call / SMS / Whatsapp : +6016-7735427 
Facebook : Wan Nurul Azima
Facebook Page : Shaklee Ampang Outlets
Instagram : wanurulazima















Comments

Popular posts from this blog

Cara Merawat Kencing Berbuih Secara Selamat Dan Berkesan

Cara Merawat Buah Pinggang Bocor Atau Nephrotic Syndrome Secara Semulajadi

Cara Merawat Bisul Dengan Cepat Dan Berkesan