Cara Merawat Kencing Berbuih Secara Selamat Dan Berkesan
Prosedur biasa yang dijalankan oleh seorang doktor untuk mengetahui tahap kesihatan seseorang adalah dengan menjalankan ujian air kencing. Memastikan seseorang ibu sah hamil juga melalui ujian air kencing. Kenapa? Air Kencing merupakan salah satu petunjuk sekiranya kita menghadapi masalah kesihatan. Sebarang perubahan kepada keadaan air kencing kita merupakan satu petunjuk bahawa terdapat keadaan luar biasa di dalam tubuh badan kita. KENCING BERBUIH merupakan keadaan yang sangat biasa kita dengar berlaku dikalangan kita. Jangan panik dulu! Ketahui punca dan cara merawat masalah kencing berbuih secara selamat dan berkesan. Kencing Berbuih NORMAL dan ABNORMAL KEADAAN NORMAL 1) Hamil Berlaku pada sesetengah wanita hamil yang mengalami pembesaran buah pinggang serta kekurangan upaya buah pinggang untuk menapis asid amino yang tinggi sepanjang kehamilan. 2) Pengambilan makanan atau minuman berprotein tinggi Ini biasa berlaku bagi mereka yang ingin membina otot dan keadaan ini a...