CARA MENGATASI SAKIT DIBAHAGIAN TUMIT
Masalah sakit dibahagian tumit amat memeritkan dan menyukarkan pergerakkan kita. Masalah sakit tumit boleh menyebabkan mood seseorang boleh berubah. Secara scientific nya, maslah sakit tumit atau lebih dikenali dengan nama PLANTAR FASCIITIS. APA ITU PLANTAR FASCIITIS ? Plantar Fasciitis disebabkan keradangan pada ligemen tumit dan hujung jari kaki (lebih dikenali sebagai ( Plantar Fascia ). Kebiasaannya kesakitan ini terjadi pada bahagian diantara tumit dan tengah kaki dibahagian kaki dalam (rujuk pada gambar dibawah). Bagaimana hendak mengesan kesakitan disebabkan Plantar Fasciitis ini? Anda akan berasa amat sakit selepas anda merehatkan kaki anda sama ada dengan duduk atau pun berbaring, kemudian anda bangun dan meletakkan kaki anda ke lantai seterusnya berjalan maka tiba tiba kaki anda terus sakit seperti tidak boleh nak meletakkan kaki di lantai. Tetapi secara pelahan lahan bila anda berjalan perlahan lahan rasa sakitnya akan bekurang dan berkuran...